Daradotcom ingin menceritakan tentang fesyen mengikut personaliti diri, mungkin korang nak tau kan apa itu fesyen mengikut personaliti diri. Ahhaaa jom kita kongsi bersama. Sebelum bertemu ngan seseorang atau pun pergi ke kuliah pastinya korang ingin kelihatan cantik menawan dan selesa. Sebelum waktu itu tiba, kamu sudah pun merancang untuk memakai pakaian yang dijanjikan pada keesokannya. Tetapi adakah kamu pernah terfikir bahawa fesyen perlu dipelajari dan sentiasa di perhati daripada orang sekeliling korang? Apabila korang sudah pasti dengan fesyen yang korang minati, yakin pada diri sendiri bahawa fesyen tersebut memang amat secocok dengan personaliti korang. Mari kita lihat beberapa tip yang boleh digunakan sebelum korang memilih fesyen manakah sesuai untuk dipadankan dengan diri korang.

Jom kita lihat....

Pemalu - Bagi korang yang pemalu, sudah pasti korang tidak berminat untuk bergaya ranggi dan berlebihan mengikut trend fesyen masa kini. Korang lebih suka memakai sesuatu yang ala kadar dan sederhana kerana yang penting korang kelihatan cantik walaupun ringkas sahaja. Bahkan antara warna pilihan korang ialah hitam dan coklat. Itulah warna yang selamat buat korang.
Sekali-sekala cuba ubah warna baju korang itu. Gunakan warna yang lembut seperti biru muda, merah jambu dan hijau pucuk pisang. Walaupun ia sopan tetapi korang masih boleh bergaya dan kelihatan lebih muda.

Glamor - Mereka yang memiliki personaliti ini lebih cenderung memperagakan pakaian yang berkonsepkan berani dan menonjol seperti dres labuh, blous yang mempunyai potongan badan dengan warna-warna cerah seperti merah, kuning atau pun putih. Fokus utama adalah untuk kelihatan menarik kepada sesiapa yang memandang.
Tetapi korang perlu menjaga adab dan tatasusila ketika menggayakan pakaian begini. Jika pakaian ini bertali halus dan mempunyai belahan dada, korang boleh padankan dengan selendang, kardigan atau pun jacket. Jangan memakai 'inner' kerana ia memperlihatkan susuk tubuh korang. Walaupun baju ini pada awalnya kelihatan seksi, apabila korang suai padankan ia dengan betul, baju ini akan kelihatan glamor tetapi sopan.

Keibuan - Personaliti bergini biasanya lebih gemar bergaya ringkas dengan mengenakan baju kurung, jubah atau pun gaya yang agak matang daripada usianya. Mereka lebih gemar dan selesa bergaya begitu dan kurang menitik beratkan penampilan diri.
Tidak salah memilih baju kurung sebagai baju rasmi tetapi ikut kesesuaian majlis dan usia korang. Jika korang masih muda, tetapi ramai yang meneka umur korang lebih dari itu, korang harus segera ubah penampilan korang. Pilihlah kain daripada fabrik yang lembut dan bunga yang halus untuk menunjukan ciri keremajaan korang. Begitu juga dengan pilihan fabrik tudung. Jika memakai tudung bawal, pastikan cara memakainya lebih terkini dan menutup aurat.

Eksklusif - Korang lebih berminat menyarungkan pakaian yang berjenama pada badan korang walaupun pakaian tersebut mahal-mahal berlaka. Paling penting korang puas hati dan berasa seronok dengan penampilan yang serba mewah menjadi perhatian orang lain. Melalui personaliti bergini, korang memang banyak pilihan pakaian untuk bergaya. Tetapi jangan terlalu urban hingga menyesakkan mata yang melihat. Korang boleh meniru terkini tetapi ikut pada kesesuaian korang berada. Jika korang seorang artis dan sebagainya, korang bolehlah bergaya lebih sedikit. Sebaliknya jika korang bukan artis, amalkan sikap sederhana sahaja.

Lasak - Korang sering memilih jean dan t-shirt sebagai baju pilihan korang kerana ia lebih ringkas dan mudah digayakan. Jika korang seorang yang lasak, korang juga boleh bergaya dengan menutup aurat. Contohnya, korang boleh memilih t-shirt lengan panjang dan melepasi paras punggung untuk pakaian seharian korang. Tetapi zaman sekerang sudah ada 'extender'.
Jika lengan atau t-shirt korang kurang labuh, gunakan 'extender' yang pelbagai warna dan rekaan untuk kegunaan korang. Ia pasti akan memberikan kelainan pada penampilan diri korang.

Jangan jadi mangsa fesyen terkini

Jangka masa pendek - Fesyen sentiasa berubahah-ubah mengikut masa dan fesyen yang ada sekarang ini tidak akan kekal lama. Oleh itu, jangan terlalu ghairah membeli pakaian dengan fesyen yang sama pada satu masa kerana ia merugikan.

Sesuaikan dengan majlis - Ambil perhatian suasana persekitaran dan majlis yang ingin dihadiri. Jangan kerana terlalu bersemangat ingin menunjukkan fesyen terbaru tetapi tidak kena dengan majlis kerana korang juga yang akan mendapat malu nanti.

Warna yang sesuai dengan kulit - Jangan sesuka hati memilih warna pakaian mengikut cita rasa korang kerana ditakuti tidak sesuai dengan warna kulit. Cara paling mudah untuk korang memilih warna yang sesuai ialah apabila rakan korang menegur warna pada pakaian yang korang padankan amat sesuai dan korang kelihatan cantik denganya. Maka, warna itu memang tepat untuk kulit korang.

Itu sahaja yang dapat daradotcom kongsi pandangan bersama korang. Semoga tip-tip seperti ini dapat mengubah personaliti korang dengan lebih baik. Jom kongsi kepada rakan-rakan kita yang lain