Tanpa Sahabat hidup sunyi sepi?

Assalamualaikum kembali, sudah lama daradotcom tidak mengarang kini giat kembali menulis. Disini daradotcom ingin menulis 'Tanpa Sahabat hidup lebih sunyi sepi'.
Sahabat antara insan yang paling dekat dihati kita. Apabila berhadapan dengan seorang sahabat, korang mampu berkongsi apa saja. Tidak ada rasa malu yang bersisa, segala rasa dikongsi bersama, tidak kira sedih atau gembira. Menjadi sahabat kepada seorang insan biarlah berlandaskan kejujuran, jangan sesekali wujudnya sebuah penipuan. Menjadi sahabat juga biarlah yang mendatangkan kebahagiaan, bukan hanya membawa beban. Namun biar siapa pun sahabat itu, terimalah dengan penuh berhemah. Buat semua pembaca daradotcom, mari kita renungkan situasi ini. Pernahkah korang mengalaminya?

Jom kita lihat tip-tip tersebut...


Bukan Bebanan - Mungkin korang pernah didatangi seorang sahabat yang terlalu banyak masalah. Mulalah korang berasa rimas dan terbeban untuk mendengar segala luahan rasanya yang ada kala, terlalu remeh dan berulang kali. Namun percayalah itu bukan bebanan untuk korang, tetapi itulah ruang yang paling berharga untuk lebih mengenali sahabat korang.

Doa - Kalau benar dia sahabat yang menyusahkan dan terlalu banyak membawa beban, janganlah korang mengumpat dan mengeji sahabat korang dibelakangnya. Tetapi iklaskan hati berdoa pada Allah moga kita diberikan kekuatan dan kesabaran untuk terus bersahabat dengannya serta berdoa moga dia mampu menjadi sahabat yang akan membahagiakan korang kelak.

Ukhwah - Biarpun sahabat korang sering kali membawa beban. Ingatlah jangan sesekali korang memutuskan persahabatannya dengannya. Ini kerana ukhwah untuk terjadi dengan kehendak Allah.

Soal Kembali - Sekirannya seorang sahabat pernah menyusahkan korang, cuba korang imbas kembali. Tidak pernahah sekali korang menyusahkan dirinya? Fikir-fikirkanlah!

Kita Pun Sama Saja - Tidak perlu untuk kita anggap sahabat itu memberi bebanan. Kita pun apa kurangnya, ada masa terlupa karenah kita juga memberi beban buat sahabat. Secara sedar atau tidak itu lumrah dalam persahabatan.


Itu sahaja yang dapat daradotcom kongsi pandangan bersama korang. Semoga tip-tip seperti ini dapat membentuk persahabatan yang lebih baik. Jom kongsi kepada rakan-rakan kita yang lain.

Cinta Antara Dua Budaya?


Mungkin korang tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan cinta dua budaya betul tak? Di sini daradotdom ingin memberi penerangan serta tip-tip, apa itu cinta dua budaya, Cinta dua budaya bermaksud pasangan yang berlainan agama dan budaya. Walaupun mempunyai pasangan yang berlainan agama dan budaya, perkara itu tidak sepatutnya menjadi masalah malah cabaran tersebut boleh menjadi salah satu usaha untuk memantapkan lagi hubugan kalian. Tetapi, sebelum terjebak dalam percintaan sebegini, korang perlu memikirkan terlebih dahulu apa-apa yang perlu korang lakukan jika berlaku sebarang masalah dan korang perlu mengetahui tip untuk mengeratkan lagi hubungan korang ini sehingga berjaya ke ikatan perkahwinan.

Jom kita lihat tip-tip tersebut...

Kaji terlebih dahulu - Perkara ini sudah semestinya menjadi tip utama sebelum korang ingin mengambil langkah untuk bercinta dengan pasangan berlainan agama dan budaya. Sekurang-kurangnya kajian tersebut dapat membantu korang untuk mempersiapkan diri dengan apa sahaja cabaran yang bakal mendatang.

Memberi tunjuk ajar - Sudah menjadi satu kemestian untuk korang menjadi guru kepada pasangan korang yang ingin belajar mengenali diri, budaya dan agama korang. Berikan dorogan dan semangat supaya dia selesa berada bersama korang.

Mengenali hati budi - Menjadi satu kemestian sebelum korang memulakan sebarang hubungan, kenali hati budi pasangan korang terlebih dahulu agar korang berasa lebih serasi dan memahami antara satu sama lain.

Tidak berbohong - Jangan sesekali korang berbohong dengan pasangan korang mengenali sejarah hidup korang, keluarga dan sebagainya. Paling penting sekali, jangan menipu kedua-dua ibu-bapa korang kerana ditakuti ia akan mendatangkan keburukan kelak.

Mampu memikul tanggungjawab - Pasangan yang berlainan latar belakang juga perlu mempunyai nilai tanggungjawab sebelum memutuskan untuk meneruskan hubungan yang lebih serius kerana sifat bertanggungjawab ini dapat menjamin masa depan korang apabila berkahwin dengan dia kelak.

Bersedia memeluk Islam - Jangan memaksa pasangan korang untuk melakukan perkara ini. Biarkan ia datang dari naluri hatinya sendiri dan jangan sesekali membenarkan dia memeluk Islam kerana korang, kerana ditakuti ia tidak kekal lama.

Restu ibu bapa - Sebelum meneruskan hubungan tersebut, pastikan ia direstui oleh kedua-dua ibu bapa pihak korang dan juga lelaki. Tanpa restu pastinya hubungan kalian sukar untuk mencapai kebahagian.

Pandangan ahli keluarga dan rakan-rakan - Minta pendapat orang lain jika korang mempunyai jalan buntu dan tidak tahu membuat keputusan. Mereka boleh membantu memberikan nasihat dan cadangan yang diperlukan.

Solat istikarah - Inilah penyelesaian yang paling mujarab buat korang. Mohonlah pertolongan dari Allah dan meminta petunjuk serta hidayah-Nya untuk membantu korang membuat keputusan yang tepat demi kebaikan korang dan juga keluarga.

Tunjukkan contoh dan teladan yang baik - Sebagai seorang gadis yang memartabatkan adat dalam budaya maka tunjukanlah contoh yang baik pada pasangan korang agar dia berasa seronok mempunyai pasangan seperti korang dan yakin bahawa korang adalah pasangan terbaik untuknya.

Itu sahaja yang dapat daradotcom kongsi pandangan bersama korang. Semoga tip-tip seperti ini dapat membentuk kekeluargaan yang lebih sempurna walaupun berlainan agama dan budaya, yang penting sekali direstui oleh kedua-dua belah pihak ibu-bapa kita betul tak? hehehe!. Jom kongsi kepada rakan-rakan kita yang lain

20 tip Dapatkan tudung

Pemakaian tudung yang bersesuaian menjadikan si pemakainya kelihatan lebih sopan, kemas, anggun dan bergaya. Oleh itu, untuk isu yang istimewa ini, daradotcom ingin berkongsi tip pemilihan tudung yang mungkin sebelum ini, korang terlepas pandang dan sebagainya. Secara asasnya pemilihan tudung perlulah mengambil kira beberapa faktor penting seperti fabrik, warna, saiz, corak, bentuk muka dan gaya pemakaian. Buat pembaca diluar sana jangan sesekali korang menjadi mangsa fesyen ketika menggayakan tudung atau selendang.

Jom kita lihat 20tip-tip berikut...

Pilihan Tudung

1. Pilih tudung daripada fabrik yang bersesuaian seperti kain kapas, kain kasa (bawal), jojet, dan laycra.

2. Jika memilih corak berbunga besar padankan dengan baju kurung atau kebaya yang berwarna garang dan polos.

3. Jika memakai baju yang bercorak atay berbunga, padankan dengan tudung yang mempunyai warna paling sikit di baju korang. Contoh: Jika warna hijau paling sedikit di baju korang, pilihlah tudung warna hijau.

4. Untuk korang yang berkulit kuning langsat, pemakaian tudung berwarna biru, lavender, dan pink akan menyerlahkan lagi keserian wajah. AWAS! Elakkan tudung berwarna hijau dan kuning supaya tidak kelihatan kusam dan tidak bermaya.

5. Cuba elakkan memakai tudung dan baju mempunyai warna sedondon.

6. Elakkan pemakaian tudung yang berwarna gelap dan kusam untuk mengelakkan korang kelihatan lebih berusia daripada umur korang.

7. Untuk penampilan yang lembut tetapi ceria dan berkeyakinan tinggi, pilihlah tudung polos atau kosong yang berwarna cerah seperti merah jambu, kuning dan biru.

8. Bagi wajah yang berbentuk bulat, pilihlah tudung yang bercorak kecil dan tidak penuh. Ia untuk mengelakkan wajah korang kelihatan penuh dan tidak terurus.

9. Bagi korang yang berkulit putih disyorkan memakai tudung berwarna hijau, ungu dan lavender untuk wajah yang lebih segar. AWAS! Tudung berwarna merah jambu akan membuatkan korang kelihatan pucat.

10. Buat pemilik kulit sawo matang, warna hijau dan kuning membuatkan korang kelihatan lebih cerah dan terang. AWAS! Cuba elakkan memakai tudung berwarna kelabu gelap supaya wajah korang tidak kelihatan kusam.

11. Pastikan tudung korang dikemaskan di bawah kerongsang selepas dipinkan tudungnya. Ia bertujuan mengelakkan lilitan tudung kelihatan seperti menggelembung.


Penjagaan Tudung

12. Pastikan tudung tidak diramas ketika mencuci, cukup sekadar dicelup dan angkat beberapa kali.

13. Cucian kering berfungsi mematikan pigmen warna pada sutera. Walaupun ia tidak luntur sekiranya dibasuh sendiri, sebagai langkah penjagaan. elok sekiranya dilakukan cucian kering.

14. Untuk cucian kali kedua dan seterusnya, gunakan bahan pencuci bersifat lembut.

15. Jangan berus atau sental tudung berkenaan. Memadai jika korang mengepal lembut dan celup dua tiga kali sehingga bersih daripada bahan pencuci.

16. Tudung boleh dijemur di kawasan teduh atau tidak terlalu terik.

17. Tidak perlu digosok dengan suhu yang terlalu panas.

18. Cara melipat tudung juga perlu betul. Jangan sekali-kali melipat bahagian awning kerana jika awning terlipat, ia tidak akan menjadi sempurna apabila dipakai.

19. Sebaik-baiknya, cara menyimpan tudung yang mempunyai awning ialah melipat dari bahagian bawah tudung. Gulung secara longgar dan masukkan ke dalam awning.

20. Cara membasuh tudung yang mempunyai awning juga tidak perlu memulas dengan kasar bagi menjaga bentuk awning agar tidak rosak dan bergumpal.

Itu sahaja yang dapat daradotcom kongsi pandangan bersama korang. Semoga tip-tip seperti ini dapat mengubah pemilihan tudung yang bersesuaian dengan korang. Jom kongsi kepada rakan-rakan kita yang lain

Fesyen mengikut personaliti diri

Daradotcom ingin menceritakan tentang fesyen mengikut personaliti diri, mungkin korang nak tau kan apa itu fesyen mengikut personaliti diri. Ahhaaa jom kita kongsi bersama. Sebelum bertemu ngan seseorang atau pun pergi ke kuliah pastinya korang ingin kelihatan cantik menawan dan selesa. Sebelum waktu itu tiba, kamu sudah pun merancang untuk memakai pakaian yang dijanjikan pada keesokannya. Tetapi adakah kamu pernah terfikir bahawa fesyen perlu dipelajari dan sentiasa di perhati daripada orang sekeliling korang? Apabila korang sudah pasti dengan fesyen yang korang minati, yakin pada diri sendiri bahawa fesyen tersebut memang amat secocok dengan personaliti korang. Mari kita lihat beberapa tip yang boleh digunakan sebelum korang memilih fesyen manakah sesuai untuk dipadankan dengan diri korang.

Jom kita lihat....

Pemalu - Bagi korang yang pemalu, sudah pasti korang tidak berminat untuk bergaya ranggi dan berlebihan mengikut trend fesyen masa kini. Korang lebih suka memakai sesuatu yang ala kadar dan sederhana kerana yang penting korang kelihatan cantik walaupun ringkas sahaja. Bahkan antara warna pilihan korang ialah hitam dan coklat. Itulah warna yang selamat buat korang.
Sekali-sekala cuba ubah warna baju korang itu. Gunakan warna yang lembut seperti biru muda, merah jambu dan hijau pucuk pisang. Walaupun ia sopan tetapi korang masih boleh bergaya dan kelihatan lebih muda.

Glamor - Mereka yang memiliki personaliti ini lebih cenderung memperagakan pakaian yang berkonsepkan berani dan menonjol seperti dres labuh, blous yang mempunyai potongan badan dengan warna-warna cerah seperti merah, kuning atau pun putih. Fokus utama adalah untuk kelihatan menarik kepada sesiapa yang memandang.
Tetapi korang perlu menjaga adab dan tatasusila ketika menggayakan pakaian begini. Jika pakaian ini bertali halus dan mempunyai belahan dada, korang boleh padankan dengan selendang, kardigan atau pun jacket. Jangan memakai 'inner' kerana ia memperlihatkan susuk tubuh korang. Walaupun baju ini pada awalnya kelihatan seksi, apabila korang suai padankan ia dengan betul, baju ini akan kelihatan glamor tetapi sopan.

Keibuan - Personaliti bergini biasanya lebih gemar bergaya ringkas dengan mengenakan baju kurung, jubah atau pun gaya yang agak matang daripada usianya. Mereka lebih gemar dan selesa bergaya begitu dan kurang menitik beratkan penampilan diri.
Tidak salah memilih baju kurung sebagai baju rasmi tetapi ikut kesesuaian majlis dan usia korang. Jika korang masih muda, tetapi ramai yang meneka umur korang lebih dari itu, korang harus segera ubah penampilan korang. Pilihlah kain daripada fabrik yang lembut dan bunga yang halus untuk menunjukan ciri keremajaan korang. Begitu juga dengan pilihan fabrik tudung. Jika memakai tudung bawal, pastikan cara memakainya lebih terkini dan menutup aurat.

Eksklusif - Korang lebih berminat menyarungkan pakaian yang berjenama pada badan korang walaupun pakaian tersebut mahal-mahal berlaka. Paling penting korang puas hati dan berasa seronok dengan penampilan yang serba mewah menjadi perhatian orang lain. Melalui personaliti bergini, korang memang banyak pilihan pakaian untuk bergaya. Tetapi jangan terlalu urban hingga menyesakkan mata yang melihat. Korang boleh meniru terkini tetapi ikut pada kesesuaian korang berada. Jika korang seorang artis dan sebagainya, korang bolehlah bergaya lebih sedikit. Sebaliknya jika korang bukan artis, amalkan sikap sederhana sahaja.

Lasak - Korang sering memilih jean dan t-shirt sebagai baju pilihan korang kerana ia lebih ringkas dan mudah digayakan. Jika korang seorang yang lasak, korang juga boleh bergaya dengan menutup aurat. Contohnya, korang boleh memilih t-shirt lengan panjang dan melepasi paras punggung untuk pakaian seharian korang. Tetapi zaman sekerang sudah ada 'extender'.
Jika lengan atau t-shirt korang kurang labuh, gunakan 'extender' yang pelbagai warna dan rekaan untuk kegunaan korang. Ia pasti akan memberikan kelainan pada penampilan diri korang.

Jangan jadi mangsa fesyen terkini

Jangka masa pendek - Fesyen sentiasa berubahah-ubah mengikut masa dan fesyen yang ada sekarang ini tidak akan kekal lama. Oleh itu, jangan terlalu ghairah membeli pakaian dengan fesyen yang sama pada satu masa kerana ia merugikan.

Sesuaikan dengan majlis - Ambil perhatian suasana persekitaran dan majlis yang ingin dihadiri. Jangan kerana terlalu bersemangat ingin menunjukkan fesyen terbaru tetapi tidak kena dengan majlis kerana korang juga yang akan mendapat malu nanti.

Warna yang sesuai dengan kulit - Jangan sesuka hati memilih warna pakaian mengikut cita rasa korang kerana ditakuti tidak sesuai dengan warna kulit. Cara paling mudah untuk korang memilih warna yang sesuai ialah apabila rakan korang menegur warna pada pakaian yang korang padankan amat sesuai dan korang kelihatan cantik denganya. Maka, warna itu memang tepat untuk kulit korang.

Itu sahaja yang dapat daradotcom kongsi pandangan bersama korang. Semoga tip-tip seperti ini dapat mengubah personaliti korang dengan lebih baik. Jom kongsi kepada rakan-rakan kita yang lain

10 tip memilih kasut

Adakah korang pernah mengalami situasi kasut yang korang pakai tidak sampai sebulan jer dah rosak? xpon kami korang sakit akibat gara-gara tersalah memilih kasut? ia x?
Dalam keadaan itu, biasanya korang akan menyalahkan kasut yang korang pakai tu? ahaks!
padahal masalah ini timbul daripada sikap yang korang sendiri tidak tahu memilih kasut, padahal masalah ini timbul dari sikap korang sendiri yang tidak tahu memilih kasut yang sesuai. dekat sini daradotcom ingin kase tahu 10 tip memilih kasut sebelum korang membelinya.... lalalala~

Jom kita lihat 10 tip tersebut....

1. Beli kasut pada waktu petang atau malam kerana pada waktu ini seluruh otot kaki akan memgembang dan membesar sedikit kesan daripada pergerakan harian.

2. Sarungkan kasut pada kedua-dua belah kaki dan pastikan kasut tidak menghimpit kaki. Berdiri tegak dan cuba berjalan untuk keselesaannya.

3. Pilih Kasut yang sesuai dengan aktiviti korang. Jika terlibat dengan sukan, pilih
kasut yang melindungi jari-jari kaki.

4. Pilih kasut yang berkusyen tebal dan diperbuat daripada bahan ringan bagi meminimunkan kecederaan.

5. Sekiranya korang mencari kasut untuk tujuan aktiviti berjalan kaki atau berjogging, pilihlah kasut yang bertapak tebal untuk menahan hentakan tumit dengan tanah.

6. Pastikan tumit kaki dan jari kaki tidak terkeluar daripada saiz asal kasut.

7. Jangan memilih kasut yang dirasakan terlalu ketat. Meskipun ada yang berpendapat lama-kelamaan kaki akan terbiasa, tetapi hakikatnya boleh menyebabkan kaki sakit dan melecet.

8. Ketahui materialnya. Pastikan material itu membenarkan kaki korang bernafas seperti kulit.

9. Kasut yang selesa adalah kasut yang diperbuat dengan cermat dan kemas, tumit tidak terlalu tinggi, dan mampu menampung kaki dengan stabil.

10. Jangan terpedaya dengan promosi dan tawaran kasut murah sehingga mengabaikan faktor keselesaan dan ciri-ciri praktikal kasut yang diingini.

Sekian itu sahaja yang dapat daradotcom ingin kongsi bersama korang, moga-moga korang dapat manfaat, bila korang nak memilih kasut yang korang inginkan.. sekian terima kasih, kongsi laa bersama semua kengkawan yang ada.