Assalamualaikum kembali, sudah lama daradotcom tidak mengarang kini giat kembali menulis. Disini daradotcom ingin menulis 'Tanpa Sahabat hidup lebih sunyi sepi'.
Sahabat antara insan yang paling dekat dihati kita. Apabila berhadapan dengan seorang sahabat, korang mampu berkongsi apa saja. Tidak ada rasa malu yang bersisa, segala rasa dikongsi bersama, tidak kira sedih atau gembira. Menjadi sahabat kepada seorang insan biarlah berlandaskan kejujuran, jangan sesekali wujudnya sebuah penipuan. Menjadi sahabat juga biarlah yang mendatangkan kebahagiaan, bukan hanya membawa beban. Namun biar siapa pun sahabat itu, terimalah dengan penuh berhemah. Buat semua pembaca daradotcom, mari kita renungkan situasi ini. Pernahkah korang mengalaminya?

Jom kita lihat tip-tip tersebut...


Bukan Bebanan - Mungkin korang pernah didatangi seorang sahabat yang terlalu banyak masalah. Mulalah korang berasa rimas dan terbeban untuk mendengar segala luahan rasanya yang ada kala, terlalu remeh dan berulang kali. Namun percayalah itu bukan bebanan untuk korang, tetapi itulah ruang yang paling berharga untuk lebih mengenali sahabat korang.

Doa - Kalau benar dia sahabat yang menyusahkan dan terlalu banyak membawa beban, janganlah korang mengumpat dan mengeji sahabat korang dibelakangnya. Tetapi iklaskan hati berdoa pada Allah moga kita diberikan kekuatan dan kesabaran untuk terus bersahabat dengannya serta berdoa moga dia mampu menjadi sahabat yang akan membahagiakan korang kelak.

Ukhwah - Biarpun sahabat korang sering kali membawa beban. Ingatlah jangan sesekali korang memutuskan persahabatannya dengannya. Ini kerana ukhwah untuk terjadi dengan kehendak Allah.

Soal Kembali - Sekirannya seorang sahabat pernah menyusahkan korang, cuba korang imbas kembali. Tidak pernahah sekali korang menyusahkan dirinya? Fikir-fikirkanlah!

Kita Pun Sama Saja - Tidak perlu untuk kita anggap sahabat itu memberi bebanan. Kita pun apa kurangnya, ada masa terlupa karenah kita juga memberi beban buat sahabat. Secara sedar atau tidak itu lumrah dalam persahabatan.


Itu sahaja yang dapat daradotcom kongsi pandangan bersama korang. Semoga tip-tip seperti ini dapat membentuk persahabatan yang lebih baik. Jom kongsi kepada rakan-rakan kita yang lain.